Friday, May 28, 2010

Bold


Peralatan yang digunakan adalah daripada alatan tradisional membuat kuih kapit.Kaedah moden seperti alatan mencetak dengan lebih pantas akan membuatkan rasa serta corak asli akan menjadi kurang dan tidak sama seperti yang asal.



kuih kapit atau juga dikenali sebagai kuih sepit, atau rokok arab merupakan sejenis kuih tradisional Melayu.

Terdapat dua versi apit-apit, iaitu:-

1. kuih kapit gulung (rokok arab)
2. kuih kapit lipat (dilipat tiga segi - kuih sepit)

Asal kuih kapit

kuih kapit telah lama dibuat dan terdapat secara meluas banyak negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Pada masa dahulu, kuih kapit hanya dihasilkan semasa hari penting, tetapi kini kuih kapit banyak dihasilkan untuk jualan harian. Ia adalah kuih kering dan tahan lama, tetapi perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Kini kuih kapit dijual secara meluas malah boleh ditempah melalui Internet untuk tujuan borong.
Ia agak kurang popular untuk hidangan umum kerana ia mudah pecah dan sukar disimpan kerana akan menjadi lemau jika masuk angin.